Cara-cara untuk kyusuk dalam solat
Hi, saya di sini ingin berkongsi bagaimana caranya untuk
kyusuk dalam solat. Sekarang kita berada di dalam bulan Ramadhan dan kita semua
umat Islam inginkan yang terbaik dalam bulan ini, bukan? Pada bulan ramadhan
inilah kita semua ingin mempertingkatkan iman and memperbetulkan silap silap
kita yang lalu and memperbaiki diri sendiri dengan membuat amal jariah dan juga
amalan amalan yang lain seperti menghadiri ke terawih dan sebagainya. Jadi,
saya di sini ingain mengongsi ilmu saya yang tidak seberapa.
Untuk mengusyuk dalam solat kita harus:
- Jika masih ragu-ragu dalam wudhu kita, sebaik-baiknya kita memperbaikinya sebelum melakukan solat. Kita membetulkan wudhu kita sesempuranya.
- Membaca niat kita dalam solat dengan sebetul-betulnya, apa yang awak niat mesti berada di dalam minda bahawa awak mahu bersungguh-sungguh melakukan solat. Dan mesti awak tahu, melakukan solat kerana Allah, bukan kerana ibu-bapa paksa ataupun sesiapa sahaja.
- Tenangkan fikiran sebelum melakukan solat. Ini boleh menggangu solat jika masalah-masalah ataupun tentang perkara lain berada di dalam minda kita. Ini boleh menjejaskan kekyusukkan dalam solat kita.
- Ini juga penting : mengetahui makna surah yang kita lafazkan. Doa iftitah, al-fatihah dan sebagainya. Sebaik-baiknya kita tahu makna surah surah yang kita gunakan supaya kita tahu apa yang kita lafazkan kepada Allah.
- Mengetahui makna surah-surah membuat kita berasa lebih dekat dengan Allah. Kerana kita tahu apa yang kita sebutkan.
- Jika sudah habis solat dengan betul, sepatutnya kita akan berasa ringan dan tenang di hati.
Saya harap ilmu yang saya kongsi dapat awak
mempertingkatkan solat awak dan lebihkan pahala awak dengan Allah. Binalah pertalian
awak dengan Allah dengan sekuat-kuatnya dan dekatkan diri awak dengan Allah.
Insyallah, akanlah lebih tenang dalam dunia dan di akhirat. Jika ada kesilapan,
saya harap saya dapat dimaafkan keran saya sudah beritahu, saya hanya kongsi
ilmu yang saya tahu.
Yang Ikhlas,
Suci.
No comments:
Post a Comment